Mengenai Kami

Mengenai Tango

Buka potensi anda dan jadilah sebahagian daripada perjalanan Tango untuk memperkasakan komuniti gig

TANGO – Komuniti pasaran GIG pertama di Malaysia, yang mempunyai impian untuk merevolusikan ekonomi GiG tempatan dengan perlindungan masa depan pekerja GiG dan meningkatkan kebolehpasaran dan jangkauan kemahiran mereka.

Ekonomi GiG kini telah melanda di negara. Ia tidak boleh dinafikan bahawa pekerja GiG tidak mempunyai jaminan kebajikan sosial berbanding dengan pekerja sepenuh masa. Sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diduga seperti kecederaan atau kemalangan semasa bekerja, pekerja Gig tidak mempunyai perlindungan kebajikan.

TANGO bertujuan mengisi kekosongan ini dengan penyediaan jaminan yang amat diperlukan kepada pekerja GiG (termasuk peniaga kecil). Melalui TANGO, pekerja GiG boleh membuat caruman PERKESO, dan seterusnya melayakkan perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Justeru, pekerja Gig mempunyai kebajikan social sekiranya berlaku sebarang kemalangan pekerjaan.

Tambahan lagi, TANGO juga bertindak sebagai platform bagi pekerja GiG untuk memasarkan kemahiran Gig, latihan kemahiran tambahan/semula atau latihan peningkatan kemahiran. Ini akan meluaskan jangkauan para pekerja GiG, dan kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan peluang pendapatan gig. Kami di TANGO akan terus berinovasi dan berusaha untuk mencapai hasil terbaik untuk semua pekerja GiG di Malaysia.

Unlock your potential and be part of Tango’s journey to empower the gig community
VIDEO
Komuniti pasaran GIG pertama di Malaysia
Bersatu teguh, bercerai roboh.
Mari bangkit bersama!
Perlaksanaan kami sentiasa unik dan mempunyai perspektif yang tersendiri. Kami mempunyai kepercayaan sepenuhnya terhadap cara kerja kami, di mana pergabungan kerjasama boleh dicetus di mana-mana sahaja. Kami komited untuk memberikan nilai yang tertinggi dalam setiap usaha niaga.
Pergabungan fleksibiliti
Meningkatkan peluang pertumbuhan rezeki anda melalui sumber tempatan yang tersedia, ahli dan rakan sekerjasama TANGO untuk memenuhi rangkaian dan fleksibiliti yang diperlukan dalam ekosistem komuniti GIG.
Teknologi berbentuk rakan sekerjasama
Kami sentiasa melabur dalam teknologi untuk membimbing pertumbuhan dan evolusi kami. Anda boleh bergantung terhadap TANGO untuk terus berinovasi dan menyokong keperluan untuk platform komuniti GIG untuk masa depan.
Kepakaran yang tiada tandingan
TANGO mempunyai urusan dengan pelbagai penyedia perkhidmatan dan platform untuk membantu pekerja GIG mencari platform yang tepat dan bekerja mengikut kemahiran, ketersediaan & lokasi mereka.

Misi Kami

TANGO akan menjadi platform yang membuka pintu penguasaan untuk para-para pengendali GiG dan juga beribu-ribu rakan kongsi di Malaysia atau dunia, bah kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh.
Misi kami adalah untuk memacu pertumbuhan rakan kongsi kami melalui teknologi dan perkhidmatan sokongan kami yang tiada tandingan.
Dengan Kerjasama:
Perkeso
Rakan Kongsi:
Ozopay
Niosh
Ruang Cikgu
Iskill
Parcel365
Shopla365
Pcari