NFT-Apa-itu-NFT-dan-mengapa-ia-perlu-diberi-perhatian-anda
Jika anda biasa meluangkan masa di laman internet, terutamanya dalam tahun yang lalu, anda pasti pernah bertembung dengan istilah NFT. Anda mungkin juga kurang faham, apa sebenarnya istilah tersebut. Kini, NFT telah menjadi pelaburan alternatif yang hangat di serata dunia. Antara yang paling terkenal adalah NFT Beeple yang dijual dengan nilai $69 juta, iaitu hampir RM270 juta. Berita jualan NFT telahpun tiba di rantau perlaburan Malaysia, dengan lapuran mengenai jualan bernilai ribuan hingga melepas jutaan Ringgit.
Antara artis yang berjaya di arena ini, dengan nilai jualan yang tinggi adalah artis seperti Katun, Red Hong Yi dan Namewee. NFT terus membuat gelombang di arus media perdana, dengan sector koperat seperti Kadokawa Gempak Starz juga mengambil kesempatan untuk melibatkan diri. Walaubagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam arena NFT, orang ramai perlu faham kefungsian NFT, dan segala selok belok mengenainya. Matlamat rencana ini adalah untuk memberi sedikit panduan berkenan perlaburan alternatif ini. Sungguhpun begitu, persefahaman NFT perlu penyelidikan yang lebih mendalam.
Apa itu NFT?
NFT adalah akronim bagi “non-fungible token”, iaitu “token tidak mudah alih”. Apa maksudnya? Apabila sesuatu objek dikatakan “fungible”, ia boleh ditukar dengan objek yang sama dengan nilai yang sama, contohnya mata-wang ataupun Bitcoin. NFT adalah objek di alam internet yang unik, dan tiada NFT yang sama dengan nilai yang sama. Ianya bagai karya seni yang tidak boleh ditukar dengan satu NFT yang lain.
NFT adalah aset digital yang mempunya kod pengenalan yang tersendiri. Oleh kerana ia wujud dalam teknologi blockchain, NFT boleh dikesan dengan telus dan bebas dari segala gangguan. Ia hanya boleh dipindah milik dengan penggunaan identity di dalam alam teknologi blockchain.
Pasaran seni kini menjadi pihak yang menerima manfaat yang paling mendalam kerana wujudnya NFT, di mana artis menerbitkan karyaan mereka dalam NFT, dan ia boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti kupon, kontrak, musik, video, barangan koleksi, barangan kenangan, rekod kesihatan dan sebagainya. Potensi NFT amat tinggi.
Di mana nilainya?
Mengapa ada orang sudi membelanja berjuta-juta Ringgit untuk membeli NFT? Persoalan sama ada NFT mempunya sebarang nilai kerap timbul. Konsep pembekalan dan pemintaan mejadi hujah yang menyokong nilai NFT, di mana setiap reka bentuk hanya wujud dalam 1 NFT sahaja, dengan kod pengenalan yang tersendiri. Cuba bayangkan, apabila ada membeli satu NFT, hanya anda yang memiliki NFT sedemikian di seluruh dunia.
Sungguhpun begitu, ada pihak yang menuntut bahawa setiap pencipta NFT, sama ada artis atau pencipta yang lain, boleh menerbitkan NFT yang sama rupa. Setiap karyaan seni boleh disalin, lebih-lebih lagi oleh artis yang sama. Oleh itu, pasaran NFT mempunya unsur amanah, di mana pembeli perlu percaya bahawa pencipta NFT akan memberi jaminan ekslusif.
NFT di Malaysia
Menurut lapuran semasa, prestasi NFT agak baik in Malaysia, di mana ada artis yang berjaya mendapat rezeki yang lumayan. Pihak pembeli dan pengguna boleh berurus niaga dengan NFT kepunyaan mereka tanpa sebarang halangan.
Walau bagaimanapun, pihak pembeli dan pengguna perlu berhati-hati kerana NFT adalah salah satu sektor yang tidak dikawal oleh mana-mana agensi kerajaan. Oleh itu, tidak wujud apa-apa undang-undang atau peraturan yang mentadbir pasaran NFT. Ini menimbul risiko bagi pihak pengguna, di mana pembaziran dan kerugian yang tidak terduga boleh berlaku. Malaysia perlu lebih masa lagi sebelum adanya sebarang peraturan.
Sebagai seorang pelabur Malaysia yang tertanya-tanya di mana nilai NFT, mungkin lebih baik jika pemerhatian dijalankan terlebih dahulu.
Nilai bagi pihak pengguna
Sebagai seorang pengguna, setiap pembelian NFT boleh menghapuskan risiko pelaburan tiruan kerana unsur-unsur NFT yang tersendiri. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kod pengenalan tersendiri dalam alam teknologi blockchain bermaksud segala rekod kepunyaan NFT boleh dikesan dengan mudah. Setiap NFT yang tulen akan mempunyai rekod penciptaan bermula dari pemilikan penciptanya.
Pasaran NFT juga amat cekap, di mana pembeli dan penjual boleh berinteraksi tanpa orang tengah. Ini terus mengurangkan kos dalam setiap urusan NFT. Apa yang pengguna perlu tahu ialah laman internet di mana NFT berurus niaga.
NFT dan perniagaan
Kewujudan NFT memberi peluang jenama untuk mengguna NFT dalam pemasaran produknya. Sektor koperat boleh mengambil peluang untuk meneroka pasaran baru dengan pengeluaran NFT untuk sasaran pengguna yang tertentu.
NFT boleh digunakan oleh sektor koperat untuk menjalankan kempen promosi seterusnya menjana pendedahan yang menarik di kalangan pihak penggunanya, terutamanya generasi yang kini semakin cellik teknologi. Syarikat juga boleh menggabungkan maklumat dan sejarah koperat dalam NFTnya, memberikan NFTnya sebagai hadiah atau barangan promosi kepada pengguna-pengguna yang setia.
Kesimpulannya, pasaran NFT di Malaysia masih lagi di peringkat yang amat muda. Setiap pihak yang ingin mencembungi arena NFT, sama ada sebagai pencipta, penjual, pembeli mahupun pengguna, perlu mempertimbangkan segala faktor-faktor yang berkaitan sebelum membuat sebarang keputusan.