Penerangan mengenai perkembangan ekonomi Gig - Panduan lengkap

Posted on 10 Apr 2022
Penerangan mengenai perkembangan ekonomi Gig - Panduan lengkap

Ekonomi Gig kini berkembang dengan pesat di seluruh dunia, dan Malaysia berjaya muncul sebagai penentu rentak. Lebih kurang 4 juta rakyat Malaysia, iaitu 4 orang dalam setiap 10 orang pekerja ataupun 26% tenaga buruh negara, beroperasi dalam ekonomi Gig. Angka ini merupakan dua kali ganda kiraan purata dunia. 

Apa yang begitu menarik berkenan ekonomi Gig, dan apakah maknanya buat ekonomi Malaysia? Panduan ini akan jawab soalan-soalan yang anda mungkin tanya. 

Ekonomi Gig di Malaysia

Ekonomi Gig, kadang-kadang dikenali sebagai ekonomi perkongsian atau ekonomi bergantung permintaan, merupakan tugasan yang mudah dan tempoh singkat, merangkumi pelbagai kemahiran dan kepakaran. 

Menurut kajian Zurich Insurance, 38% pekerja Gig beroperasi sepenuh masa, terdiri daripada orang muda yang berumur 25-34 tahun (46.2%) dan 35-44 (32.5%).

Pekerja yang mengendali tugasan Gig boleh terdiri daripada pekerja separuh kemahiran atau sepenuh kemahiran, asalkan mereka menepati permintaan pelanggan. Contoh tugasan Gig di Malaysia termasuk:

  • Juru animasi
  • Pembina aplikasi
  • Pembina laman web
  • Perunding pelancongan
  • Jurujual laman internet
  • Pemandu
  • Guru peribadi
  • Penghibur
  • Penterjemah
  • Agen insuran
  • Agen pusat panggilan

Agak jelas, liputan ekonomi Gig sangat luas, merangkumi banyak industri dan jenis perkerjaan. Faktor yang menyebabkan tugasan ini dikenali sebagai “gig” ialah setiap orang pekerja beroperasi berdasarkan asas bebas. 

Faktor-faktor yang mendorong ekonomi Gig di Malaysia

Sebenarnya, ekonomi Gig bukan satu konsep yang baru di Malaysia. Dalam beberapa tahun yang lalu, jumlah pekerja Gig Malaysia semakin bertambah, terutamanya pada masa pandemik Covid-19. 

Faktor-faktor yang berikut boleh menjelaskan perkembangan pantas ekonomi Gig di Malaysia:

  1. Pandemik Covid-19
    Akibat pandemic Covid-19, Malaysia dilanda kadar pengangguran yang tinggi, lantau menjejaskan ekonomi negara. Penutupan dan penyekatan yang dikenakan oleh kerajaan menyebabkan hasil sektor koperat merosot. 

    Seterusnya, sektor koperat mengambil langkah untuk mengurangkan kos operasi, di mana waktu kerja dan gaji dikurangkan. Ada juga orang yang hilang kerja buat masa sementara akibat langkah ini. Ratusan ribu rakyat Malaysia hilang kerja, di mana 773,000 orang dijangja sedang menganggur. Ramai yang masih mencari kerja secara aktif. Oleh itu, tidak menghairankan apabila ramai yang mengambil keputusan untuk memasuki ekonomi Gig buat masa sementara atau sepenuh masa.

    Ekonomi Gig menjadi pilihan menarik kerana penglibatnya kurang halangan. Lebih-lebih lagi, gaji dari tugasan Gig boleh menampung kehidupan kumpulan pendapatan B40. Gaji dari tugasan gig boleh berkisar dari jumlah yang agak rendah, ke jumlah yang amat lumayan, bergantung kepada jenis tugas yang dijalankan.
     
  2. Cara hidup yang seimbang
    Tugasan Gig biasanya agak ringkas, dan tidak mengambil masa yang panjang. Apabila tiada tugasan, pekerja Gig boleh menggunakan masa mereka untuk mengendalikan aktiviti peribadi. Pekerja juga mempunyai pilihan untuk mencari jenis tugasan yang sama, ataupun mencuba tugasan yang berlainan, bergantung kepada kemahiran masing-masing. Justeru itu, pekerja Gig boleh mengawal masa dan jadual sendiri. 

    Unsur ekonomi ini bermaksud pekerja boleh menikmati cara hidup yang seimbang. Oleh itu, ramai ibu dan generasi muda berduyun-duyun masuk menjadi pekerja Gig.
     
  3. Penglibatan kerajaan
    Kerajaan Malaysia tidak boleh mengabaikan kepentingan ekonomi Gig rakyat, yang juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara menyeluruh. Kerajaan Malaysia mengakui kepentingan sektor ini, dan telah memutuskan bahawa langkah akan diambil untul merangsangkan pembangunnya. 

    Kerajaan juga mengakui bahawa kemampuan mencari rezeki yang mencukupi amat penting. Malangnya, ramai rakyat tidak mempunyai simpanan untuk menyara hidup lebih daripada 3 bulan. Kerajaan berharap agar rakyat boleh meningkatkan kadar simpanan hidup dan telah mengumumkan pemberian RM50 juta untuk pembangunan platform yang mendorong pekerja Gig untuk menyumbang ke dalam KWSP dan SOCSO.
     
  4. Perkembangan pengunaan internet
    Malaysia adalah satu-satunya negara yang mempunyai penggunaan internet yang tertinggi di dunia, lebih kurang 84.1% pada Januari 2021. Ini bermakna 27.43 juta rakyat Malaysia mempunyai akses internet. 

    Jumlah ini masih berkembang, ia bertumbuh 2.8% dari tahun 2020 ke 2021. Jika perkembangan ini beterusan dengan kadar yang tetap, setiap rakyat akan mempunyai akses internet dalam 8 tahun. 

    Ekonomi Gig sangat bergantung kepada penggunaan laman internet, di  mana  pekerja Gig mencari dan mengesahkan tugasan Gig dalam laman-laman internet yang tertentu. Jadi, perkembangan penggunaan internet akan terus mempercepatkan perkembangan ekonomi Gig.
     
  5. Masa depan yang cerah
    Mujurlah, ramai rakyat Malaysia akan mempunyai pilihan untuk menglibatkan diri dalam ekonomi Gig apabila lebih banyak lagi laman internet dibina untuk menbantu dan mendorong orang ramai memasuki ekonomi Gig. 

Ekonomi Gig Malaysia dijangka akan berkembang dengan kadar yang mengkagumkan, dan platform seperti TANGO sedia membantu rakyat menerajui rantau ekonomi baru ini.

Topics
News
Announcement